salam.
sedang berjuang melawan virus-virus flu yang nakal menguasai tubuh saya tika ini. waima kepulangan dari negeri jelapang padi membuat saya sedikit kepenatan untuk melawan virus-virus itu. akibatnya, saya mengalami demam selsema yang agak ringan (istilah apakah ini? *dr.maya..tolong betulkan ye ;p)
alhamdulillah, kembara ziarah saya mencapai misi walaupun tidak cukup ahli. ukhti habebaty ada agenda yang aula dan tak dapat dielakkan. insyAllah sis, tak lama lagi ada sahabat yang nak walimah kat sana nun. kita pegi sesama ye ;) ihiks.. walaupun cuma untuk beberapa ketika, tapi saya rasa hutang rindu saya pada mereka..sedikit langsai. biar ada mempertikai.."tiket ke sana mahal, tak berbaloi kalau setakat sehari"..pada saya, inilah kekuatan ukhwah persahabatan. wang ringgit bukan halangan. kebetulan sahabat-sahabat saya di sana baru sahaja habis imtihan di maktab masing-masing. insyAllah..sepenuhnya bergelar 'ustazah' kelak.
sampai di baling, kedah lebih kurang jam 6.45 pagi. disambut oleh senyuman lembut kak fida a.k.a mak long dengan Myvi barunya. wah..boleh la saya bersedap-sedapan sambung tido dalam myvi baru ye ;p tapi tak tido pun..menyembang sampai kat umah mak long. rehat kejap, breakfast nasi lemak yang sedap buatan tangan kakak mak long..terus mak long bawa kami ke rumah ustazah faizah a.k.a paiit. hehehe..inilah orang yang paling dirinduii. turun kereta, nampak je paitt..kami masing-masing pakat teriak (bukan jerit ye..tapi nangis) rindu sangat..gelak-gelak juga tapi ayaq mata dok bertakung ;p. serious..pait makin membesar dengan chanttekk ;p weh..ada seri laa kat muka hang. mesti ada yang jaga kan? ihiks..hakikatnya itulah seri orang yang tengah bahagia. (sis fania..take note, ini adalah antara sahabat-sahabat yang sedang berbau bunga rampai)
dari rumah pait..kami terus ke alor janggus, alor star untuk ke rumah ustazah mashitoh a.k.a kak shitoh. aduhai..jauh juga rupanya perjalanan baling ke alor star. tapi dek kerana sibuk mencungkil rahsia pait, kami tak rasa jauh & letih langsung. suka sangat dengan lawak-lawak tazkirah pait. lama dah tak gelak-gelak macam ni. hehehe..sekali dapat gelak, bergegar kereta kak fida ;P hampuun kak ..ihiks..
jalan masuk ke rumah kak shitoh memang agak mencabar. iskhh..nasib baik mak long cekap, semua lorong dicilok dengan jayanya. saya yang dok sebelah ni plak yang seriau.uhuhu..ampun la mak long, cheq memang gayat sket kalau lalu tepi tali air tuu..ihiks..
lunch di rumah kak shitoh. dalam sepoi-sepoi angin jelapang, berlaukkan sambal lala, kerang rebus cicah air asam, ikan sebelah masak kicap..aduhai, indahnya panorama. seperti biasa, dalam mengunyah pun sempat menyembang. ihiks..teruk kan? macam tak menyempat. almaklumlah..lama tak jumpa, banyak berita & gossip sensai ;p
lepas makan, kami terus meninjau sekitar bandar alor star. sempat menyinggah pekan rabu untuk dapatkan buah tangan..apalagi kalau bukan pekasam ikan lampan & ikan sepat plus kuah rojak mak bee. ahaks..ok laa harganya. susah nak jumpa ikan pekasam kat KL ni. so, terlanjur jejak kaki..wajib la beli ikan yang dijeruk dengan beras giling ini :p persiapan ramadhan (ahahaha..tadenye simpan sampai bulan pose. kejap je ni abis kang)
bila dah petang, perut masing-masing pun mula la berorkestra. maka laksa telok kechai yang digembar-gemburkan oleh mak long pun kami tuju. myvi mak long dengan muatan 6 orang dara, ternyata mantap menderu ke kedai makan laksa telok kechai tanpa ada sedikit kerosakan teknikal pun. caya laa!! heheheehe..
malas nak cerita banyak. just enjoice the peeks ;)

dalam perjalanan ke rumah kak shitoh..alor star here we come~jerit kami beramai-ramai di dalam kereta mak long ;p

misi kedah maju 2010 telah bertukar kepada kedah gemilang. err..PKNK or PKMK? ihiks..rinduu PKMK

aksi wajib dari saya..mengambil gambar diri sendiri ;p (seni laa sangat kan..ahaks)

jelapang padi di mana sahaja..sangat jatuh cinta dengan kehijauan itu

ke alor janggus yang sangat mencabar..suka tali air tu. mcam nak terjun je ;p

destinasi pertama kami yang agak menghampakan..uhuhuhu..tutup awal..pukul 5 dah tutup :(

wajah-wajah yang hampa sedang memikirkan aktiviti yang menarik bagi merawat kehampaan akibat tak dapat masuk muzium

mastermind sedang menyusun strategi untuk plan back up..hmm..mencurigakan betul la bebudak ni

yeah..aktiviti pertama menangkap angsa

seterusnya, bermesra bersama sang singa. aktiviti ini diketuai oleh ustazah faizah ;)

hoyeah...kami berjaya mengubat kehampaan kami dengan aktiviti yang berfaedah & mencabar minda~jerit mereka dengan jayanya

ini kereta mak long. kereta ini bestt~kami berkata-kata dengan riangnya ;)

kedai laksa kat telok kechai. apa nama tuan kedai tu kawan-kawan? ZAKARIA..ihiks..saya pasti akan sentiasa merindui nama itu ;p

laksa telok kechai..dengan sambal nyoq yang beshhh..nyummm

taraaa..hebat tak magic saya? saya berjaya menghilangkan laksa tersebut dan hanya bersaki baki kan sedikit lebihan kuah yang tidak dapat dihilangkan akibat aura yang pudar..ihiks..

ini padi~kata saya kepada pait.hihihi..sangat teruja melihat padi yang baru nak menjadi. sukeeee sangat~

Subhanallah..cantik sangat hijau padi tuu..ni padi kak shitoh. nak pegi kedah lagi..nak tuai padi yang kami snap gambarnya ni ;p

lambaian bersama doa rabitah untuk perjalanan pulang..uhhhuuhuhuhu..cepatnya masa berlalu, tak puas :'(

terima kasih kepada ekspress durian burung yang menjadi peneraju bersama kembara ziarah kali ini..ihiks..